Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat datang ke laman web Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman.
Pihak pengurusan jabatan ini amat mengalu-alukan anda untuk berinteraksi di lapangan maya ini dan berharap semoga anda
akan memperolehi manafaat dan maklumat yang diperlukan.
Sebarang maklum balas dan teguran membina sememangnya diharapkan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan
yang disediakan ini
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala kesyukuran dilafazkan ke hadrat Allah S.W.T. yang telah memberi peluang untuk kita menjalani kehidupan di dunia fana ini dengan tenang dan sejahtera. Selawat dan salam ke atas Penghulu Anbia’, Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan hamba Allah yang paling mulia dan menjadi teladan sepanjang masa.
Kepesatan teknologi dan ledakan maklumat yang begitu cepat berkembang merupakan salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh umat Islam masa kini. Era langit terbuka yang sedang ditempuhi ini sebenarnya menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk dimiliki. Pada masa yang sama, ia juga menjadi ancaman serta cabaran yang perlu dihadapi dengan penuh iltizam dan dedikasi. Kemudahan berinteraksi di lapangan maya boleh dijadikan wasilah dakwah Islamiah dan perisai menangkis tohmahan musuh Islam. Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman melihat peluang ini sebagai sesuatu yang perlu direbut dan digunakan sebaik-baiknya. Pelancaran laman web Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman ini diharap mampu mengukuhkan lagi dakwah islamiah dan penyebaran ilmu yang telah sedia didokongi oleh pencinta-pencinta agama Islam. Para pengguna diberi peluang untuk mengenali jabatan ini dengan lebih dekat dan mesra serta mendapatkan input-input ilmu pengetahuan yang dimuat di dalamnya.
Adalah menjadi harapan semoga laman web Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dapat memberi sumbangan bermakna kepada seluruh umat Islam. Di samping itu sebarang cadangan mahupun teguran membina amat dialu-alukan bagi memperkemaskan lagi laman web ini demi faedah bersama. Akhir kalam, semoga wadah ilmu dan dakwah ini akan dirahmati Ilahi demi menyumbang manafaat kepada seluruh umat Islam di buana ini. Sekian, wassalam.
|